Monday, January 17, 2011

kehilangan itu menyakitkan

salam...
maaf kerana saya seakan on off saja dari blog saya. satu kerana line internet ni macam tak bagi ruang saja untuk saya memblogging. keduanya, saya dalam proses untuk "sembuh". Cuba untuk menyembuhkan luka sendiri tanpa menggunakan orang lain tapi dengan menginsafi diri sendiri. Actually i would like to thanks Ramlee Awang Murshid for his Novel. 4 buah novel yang really open my eyes and help me to know myself well. eventhough itu cuma rekaan. tapi berdasarkan logik akal, apa yang dia cuba sampaikan itu semuanya benar.
to be honest with myself and you guys, i totally lost him. Kehilangan itu suatu yang amat menyakitkan. He dumb me for good. I Know him well, insyaALLAH. but yet i still confused and don't even know why this things happened. Maybe this is part of ujian dan dugaan which i have to gone through. I just pray ALLAH givin me strength to face this. I do Love him with all my heart and without any harm. to accept the fact that he was no longer mine was totally give a deep hurt and killin me. But yet, what else can i do? Pujuk? Rayu? atau melutut depan dia hari2? No. i'm letting him go. not because i'm a looser, but i want to find myself back. To pray and seeking for ALLAH help. May he was the choosen one for me. Satu yang selalu saya ingat tentang dia. kejujuran dan ketelusan hatinya. betul cakap orang, bila kita sudah kehilangan, baru kita rasa bahawa kita sangat menyayangi dia. i admit, i was trully in love with him.
He is not the first, but insyaALLAH i want him to be the last. setiap kali saya bersama seseorang, saya akan bertanya apa pentingnya saya untuk mereka. Siapa saya untuk mereka. most of them answer "untuk jadi kekasih" or "untuk jadi pasangan hidup". and one day, i asked him the same question. and expecting him to give the same answer. then suddenly he answered "saya mahu kamu menjadi pelengkap hidup saya dunia dan akhirat" dan saya terkedu. it's more than what i'm expecting him to answer me. Ya ALLAH, jika benar dia milikki dan dia jodohku, Satu kanlah hatiku dan hatinya, permudahkanlah urusan jodohku dengannya, dan wujudkan lah kerinduan di dalam hatiya hanya untuk ku"
dear friends,
pray for me... for me and him. May one day, ALLAH Mendengar doa-doa kita dan menyatukan dia dan saya.. i'm hopeless, i'm totally sad, but i won't stop praying. Do pray for with me. Kehilangan ini benar-benar menyakitkan saya~~~!!!!
trully hurt
Ratna Sang Ratu

Sunday, January 9, 2011

saya sedang merindu

kawan-kawan.. secara rasminya dia telah memilih bekas kekasihnya daripada saya. saya rupanya sekadar tempat dia melupakan semua masalah. dan apabila keadaan dia kembali reda dan dia sudah bahagia, dia meninggalkan saya dan memilih kekasih nya semula. saya? seperti biasa.. kesetiaan saya pada sang arjuna tidak pernah padam. malah semakin menyayangi dan mengingati dia. kerana hanya saya, dia dan ALLAH saja yang tahu perasaan kami ketika bersama. saya bodoh? cakap lah apa pun, tapi saya percaya dan yakin, keyakinan kepada ALLAH akan mendorong sesuatu yang baik. Kalau bukan dia, pasti ada yang lebih baik daripada dia. ALLAH tidak pernah memungkiri janjiNya.


for all those time he was with me, i never feel any doubt. i love him without any harm. sincerely loving him. want him to be part of my life. try to bring him into my life. cuma sometimes, gaduh-gaduh sebab perempuan lain itu ada. dan sebagai manusia dan wanita, perasaan curiga saya sentiasa ada. curiga dan cemburu itu adalah tanda saya sangat menyayangi dia. tapi di pihaknya saya mengongkong hidup dia. apa daya saya? walau saya tidak pernah mencuba melukai dia, tapi dia sering terluka dengan keadaan saya. sering menyatakan bahawa dia orang susah dan tidak mampu membuat saya bahagia. sedangkan kebahagiaan saya adalah ketika bersama dia. bukan kerana harta benda. saya tidak pernah berhenti bersyukur kerana dilahirkan sebagai diri saya. serba serbi saya ada, itupun kerana Izin ALLAH untuk saya merasakan semua ini. saya kah yang harus dipersalahkan. saya menyayangi dia telus dari dalam hati saya. ALLAH menganugerahi saya hati ini untuk mempunyai perasaan sayang. semakin dia menyakiti saya, semakin kuat perasaan saya pada dia. lalu untuk apa saya membuang perasaan sayang ini?


ramai orang menyuruh saya mencari pengganti dia saja. tapi bukan kah itu kejam kepada lelaki yang satu itu? saya cuma menggunakan dia untuk melupakan seseorang? one day, bukankah ALLAH akan membalas kesakitan yang sama pada saya jika saya memperlakukan seseorang sebegitu? saya tidak berdaya. setiap hari dia datang ke pejabat, berjumpa dengan saya. seperti saya orang asing. bahasanya kian kasar. kian menyentap hati saya. puas sudah saya memujuk dia. memberikan keyakinan bahawa dia sedang melalui satu fasa kesukaran. tapi dia menolak saya. setiap apa yang saya katakan bagi dia cuma jenaka. yang tak perlu untuk di ambil kisah. demi ALLAH, saya amat mengasihi Arjuna saya. mungkin saya kelihatan jiwang. nampak seperti sya perempuan terhegeh-hegeh. tapi saya tidak bisa menolak jauh perasaan ini. ia utuh dalam hati saya. doa saya semoga dia akan sedar. dan semoga hijab yang memisahkan kami akan terlerai. sebagai insan saya sayang pada dia. Doakan moga dia kembali. kembali ke jalan yang benar dan dekat bersama saya. Semoga ALLAH menyatukan hati-hati kami dan memberikan kebahagiaan kepada kami. AMINN~~~



truly loving you
Ratna Sang Ratu

Monday, December 13, 2010

S.A.Y.A.N.G

Salam kawan-kawan ku......

hye.. saya sudah kembali. maaf saya harus mendelete beberapa entri sebelum ini. kenapa? sebab saya harus menjaga hati dan perasaan beberapa orang yang saya rasa penting juga untuk saya jaga hati mereka. haritu saya sibuk mencanang-canangkan bahawa saya sudah tidak mahu kembali lagi pada dia. tapi saya akur. hati saya ini sangatlah paluinya.. hehehe. saya tidak bisa tidak ada dia di sisi saya. setakat hari ini, hati sya masih ingin bersama dia dan ingin bahagia seperti dulu bersama dia. tapi keputusan kali ini saya buat selepas berfikir beberapa ketika (seminggu jualah)


saya melihat kebahagiaan saya terletak pada tangan saya (tapi yang pasti mestilah di tangan tuhan kan?) maksud saya, bukan cakap-cakap orang atau pandangan orang yang buat saya bahagia. tapi diri saya dan diri dia yang menentukan kebahagian kami. melainkan memang jodoh itu bukan milik kami, pasti kami tidak layak untuk berbahagia.. hari ini saya melihat arjuna saya di kaca mata saya. apa pun orang katakan, kebahagiaan bukan mereka yang tentukan. walau macam mana teruk orang melihat saya dan dia, saya dan dia masih teguh berdiri. sebab bila hanya kami berdua, kami tidak pernah merasa tertekan mahupun berada dalam keadaan seperti yang orang perkatakan.


u know wut guys? ekceli without kita realize, sebenarnya tidak ramai orang yang suka tengok kebahagiaan kita. saya tengok keadaan ini dengan jelas pada keadaan diri saya sendiri. orang mengatakan itu ini, memberi gambaran buruk berkaitan dia sepanjang ketiadaan saya. mengandaikan dia yang bukan-bukan sehingga saya cukup marah mendengar nama dia. tetapi bila saya bersedih dan melepaskan dia, tidak ada satu orang pun yang bersedih bersama saya, malah ada yang bertepuk dan bersorak gembira. n i realize, moga hati-hati mereka yang sebegini di buka tuhan suatu hari nanti untuk melihat benda ini terjadi pada diri sendiri.


saya sebenarnya masih tidak pasti dengan kata hati saya. but i let this things FLOW NATURALLY. tiada paksaan, tiada cubaan melebih-lebih dan tiada harapan yang tinggi. moga saja tuhan menjadikan Hati saya dan dia satu dan mengisi hati-hati kami dengan rasa sayang dan bahagia hingga ke akhir hayat. dan semoga saya bisa menjadi pelengkap hidupnya dunia dan akhirat.


truly loving you

Ratna Sang Ratu

Saturday, November 27, 2010

MAHA International 2010

Saya akan berada di serdang bermula 25 November till 5th Dcember dan terus fly ke Tawau till 6th sebab akan menghadiri perkahwinan keluarga. Enjoy my day but quite tired. sebab have to berdiri the whole day start kul 9 pagi till 10 malam. paling penat dan paling susah untuk berfikir. banyak sangat orang dan kena cakap benda yang sama the whole day.

most popular product was ikan bilis. Sekarang tengah mencari sesiapa yang bleh print kad bisnes untuk pembekal ikan bilis ni. i'm running out of stock. banyak orang minta kad untuk menjadi pengedar bilis d sini. help me anyone

Wednesday, November 24, 2010

kepala yang sakit

hari ini saya banyak diam. banyak murung. saya mula merasa bahang kepenatan setelah usai HPPNS. pagi tadi saya memasang alarm seperti biasa. tapi ntah kenapa saat alarm berbunyi itu kepala saya berdenyut lebih pantas dari biasa. lalu saya meletakkan telapak tangan pada tengkuk. yah.. panas. sangat panas. kemudian saya membuat 2nd trial di dahi pula. Oh My Gucci, sangat panas. lalu mencapai telefon dan memesej encik bos. dan Bos membalas dengan kadar segera menyuruh ke klinik. kemudian saya mensambung tidur. SMS berbunyi lagi menyuruh saya ke meeting. haiya... lalu saya menggagahkan kepala yang sakit ini ke bilik mandi dan bersiap ala kadar.
saya tiba lewat ke meeting. kemudian saya perasaan saya paling awal tiba. haha. barulah namanya meeting. meeting orang melayu kalau cakap jam 8 kompom jam 9.30 baru start. heheh. nasib aku orang Jepun. Usai bermeeting, saya ke pejabat packing segala macam produk yang saya cipta khas untuk MAHA. heheh. dan akhirnya cuti dan sakit kepala saya berakhir dengan sengsara apabila saya punch kad pada pukul 6 petang dan sekarang masih berusaha keras untuk menyiapkan laporan untuk encik bos saya... sebelum saya bertolak ke Kelompo pada esok hari dan hanya kembali ke sabah 10 hari kemudian. selamat datang KL

Saturday, November 20, 2010

sedang pungguk rindukan bulan

ewahhh... sungguh puitis dan romantis saya pada malam ini. selepas segala kepenatan dan kerja keras. malam ini saya sempat juga untuk berada awal di atas katil saya. dapat juga merehatkan tulang-tulang dan menstabilkan semua wayar dalam badan. lalu saya mencapai netbook ini dan menaip sesuatu pada blog saya.saya baru terfikir dan teringat. sudah agak lama asya tidak berhubung dengan arjuna saya. sebulan rasanya tidak berjumpa dan kluar makan atau kata lainnya dating. last saya bercerita panjang dengan dia adalah ketika saya d KL. itupun kerana pergaduhan kecil ekoran spekulasi yang ditimbulkan oleh orang luar menyebabkan kami bergaduh manja. kali terakhir saya berjumpa dia pula adalah pada selasa lepas ketika dia menghantar udang dan ikan ke rumah untuk open house pada hari raya korban lepas. dan sehingga hari ini, saya baru tersedar yang kami tidak bermesej langsung lantaran daripada kesibukan tugas masing-masing. saya dengan HPPNS saya manakala dia dengan program Hari Raya Korban Kampung. dan di jangka kedua-dua program ini akan berakhir pada esok. dan saya yakin dan percaya, hari esok selepas semua acara selesai, kami berdua bakalan pengsan ataupun koma di atas katil masing-masing akibat kepenatan tahap maksimum. :)

saat saya menaip entri ini, saya sedang giat merindukan dia. amat sanagt rindu. rindu pada suara dia yang agak-agak cumil. rindu dengan perhatian dan kasih-sayang yang dia berikan. rindu dengan usikan dia. dan yang pasti, saya sedang sangat merindu. dan ada satu ketika, dek kerana tekanan yang melampau, saya tidak boleh fokus kerja dan hanya ingin mendengar suara arjuna saya. Kadang saya merasakan suara arjuna saya umpama ubat yang boleh membuat semua kesakitan saya sembuh. huhuh. tiba-tiba ada orang sedang beremosi menaip di dalam belog ini. bomba tolong sediakan bot cepat sebelum budak ini mengakibatkan banjir kilat d kawasan kepayan. huhu. saya sedang sangat merindu, tengok saja profile picta saya sudah bertukar kepada gambar dua belangkas itu. ngee (tapi gmbr tu ada effek baju B basah kan? FYI, dia memang juara kalau buat kerja, no wonder lah baju dia sangat "kering" kalau ada kerja-kerja berat"

kawan-kawan, saya mahu tidur dulu. saya mahu bermimpikan arjuna saya. saya jumpa kamu lain hari okeh. saya sayang kamu semua. kamu semua adalah kesayangan saya.

penuh rasa chenta dan sayang
Cinta Sang Ratu

Thursday, November 18, 2010

kesakitan itu adalah penawar kepada kegagalan

chewah. bleh pakai kah entri saya tu? baru-baru ini saya sangat sibuk dengan kerja dan kerjaya saya. saya bermula pada 27 oktober apabila berangkat balik ke tawau. 1 november 2010 saya berada d tawau untuk mendengar taklimat berkaitan projek terbaru yang bakal saya pikul. pada 2hb november seawal subuh saya sudah memandu ditemani ibu untuk ke semporna untuk melawat projek. sepanjang hari saya adalah di atas laut kerana pada awal pagi saya d pulau sebangkat. manakala waktu petang pula melawat projek sangkar ikan. pada sebelah malam adalah ke tampi tampi. sangat seronot.

seterusnya saya bertolak ke Kunak selepas melawat ke pejabat persatuan nelayan semporna. 3hb saya bersama ibu ke Kunak. juga untuk melawat tapak projek dan juga d atas laut. lalu keputusannya saya menjadi sangat hitam dan legam. heheh. 4hb saya cuma di rumah membantu ibu saya. 5hb adalah hari raya keling dan kami semua sangat sibuk. (macam ada darah2 india saja kan, maklumlah kulit pun agak2 "putih" kan. Kemudiannya saya kembali ke Pejabat menyiapkan semua kertas kerja dan pembentangan laporan presatasi. 9hb saya sudah terbang ke KL. untuk bermesyuarat. Pada 10-13hb November saya berada di Langkawi. Semua adalah kerja dan peyediaan manual. 14hb malam sya tiba d kk pada tengah malam. 15hb pagi saya ke pejabat untuk menyediakan segala pembentangan untuk mesyuarat kementerian pula. pheww.. penat kan? tapi itu semua adalah ubat terbaik untuk berjaya.

16hb saya sangat sibuk d tapak pameran HPPNS. dengan perkelahian orang tua mengalahkan budak-budak. dan dengan sikap manusia yang buat saya pening. apa yang saya mampu cuma buat-buat tabah saja. walhal. saya adalah sangat tidak kuat. di hari raya Haji 17hb rumah saya (TBS dan Kepayan) sedang membuat open house. tapi saya cuma sekejap cuma. sebab saya perlu bekerja. dan saya berada di tapak membantu dan memantau sedari 4 petang sehingga 10 malam. 18hb saya ke tempat Perasmian dengan ceria, namun tiba-tiba saya di tengking umpama saya tidak membuat kerja langsung. umpama mereka saja yang tahu untuk membuat kerja. hilang pride saya sebagai seorang ketua. Salah faham dia membaca instruction saya membuat saya di tengking2 macam budak bodoh. huhu. kecewa. kerana saya sangat penat. saya selalu tersenyum walau kena cakap segala. saya kena merendahkan pride saya untuk kerja2 ini kelihatan lancar, tapi akhirnya saya di buat seperti itu. saya bercakap di telefon dalam keadaan badan bergetar dan suara tersekat-sekat disebabkan rasa marah yang saya sendiri cuba tahan. finally dia menyebarkan kepada dunia. dan semua org bertanya pada saya. sedang saya? cuma mendiamkan diri. berdiam bukan bererti saya kalah. tapi saya tidak mahu menjadi budak yang suka menunding jari menyalahkan sapa-sapa. saya tahu api tidak harus bertemu api. walau hakikatnya saya sebenarnya api yang sedang membara. tidak salah untuk kita berkorban demi kebaikan semua. inilah yang dikatakan kesakitan adalah penawar kepada kegagalan kita sebagai manusia.

saya tiba-tiba beremosi. izinkan saya untuk bertenang. sampai kita berjumpa lagi

regards

cinta sang ratu